Kelas Fardhu Ain ke-4 bersama Ustazah Kamsiah

Jawatankuasa Penaja KRTTMD di bawah Biro Kerohanian dan Bironita dengan kerjasama tuan rumah Pn Azah, telah mengadakan kelas Fardhu Ain kali ke-4 iaitu kali pertama bagi tahun 2015. Kelas dipimpin oleh Ustazah Kamsiah dari Jabatan Agama Johor. Seramai 13 orang telah menyertai program pada kali ini. Alhamdulillah, ibu-ibu beranak kecil turut dapat hadir sepanjang kelas yang diadakan mulai 9:15 am hingga 10:45 am. Semoga lebih ramai penduduk wanita dapat menyertai majlis ilmu ini pada masa akan datang. Topik yang dibincang termasuklah kelebihan Al-Fatihah dan Asmaul Husna serta persoalan berkaitan wanita. Terima kasih kepada usatazah juga Pn Azah sebagai tuan rumah pada kali ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.