Kempen balik kampung rumah selamat

Bersempena cuti sekolah yang akan datang, sama-samalah kita mengambil langkah berjaga-jaga

BAGAIMANA JENAYAH PECAH RUMAH DILAKUKAN?
1. Mengumpil mangga pintu/grill dengan pemutar
skru atau objek-objek tajam.
2. Mengeluarkan cermin tingkap dengan ‘jack’ atau besi.
3. Memotong mangga pintu dengan alat pemotong/gergaji besi.
4. Mengalih genting bumbung/selepas memecahkan siling rumah.
5. Memasuki melalui pintu/tingkap yang terbuka/tidak berkunci
atau memancing/mengait melalui tingkap terbuka atau terdedah.
6. Menggunakan kunci pendua.
7. Menggunakan tong gas untuk memecahkan pintu
grill/pintu-pintu/tingkap.

LANGKAH PENCEGAHAN
1. Memasang alat keselamatan tambahan pada pintu utama
seperti lubang intai, rantai pintu serta menggunakan
mangga dan selak keselamatan.
2. Sentiasa memasang/nyalakan lampu bila anda keluar dari
rumah untuk memberi gambaran ada orang di dalam rumah anda.
3. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu
pemecah rumah bertindak.
4. Minta bantuan dari jiran-jiran untuk mengawasi rumah
anda semasa ketiadaan anda di rumah.
5. Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci
sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
6. Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
7. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik
untuk rumah/premis perniagaan.
8. Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang.
Semak samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi
tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
9. Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam
pasu bunga atau di atas kotak meter electric di luar rumah anda.
10. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam
peti simpanan keselamatan.
11. Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
12. Laporkan ke Balai Polis berdekatan semasa pergi bercuti atau
meninggalkan rumah untuk tempoh lebih dari satu hari.

CURI KENDERAAN KERETA DAN MOTOSIKAL
Langkah Pencegahan
1. Kenderaan anda hendaklah sentiasa dikunci dan
pastikan kunci di bawa bersama. Pasangkan kunci
tambahan di bahagian-bahagian penting seperti
steering, gear, roda dan clutch. Gunakan rantai atau
kunci tambahan pada rim/stand atau handle motosikal anda.
2. Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik.
3. Tentukan kereta diletakkan di tempat yang tidak terpencil,
dan pada waktu malam diletakkan di tempat yang terang
dan berlampu.
4. Sentiasa mengawasi kereta yang diservis atau dibaiki bagi
mengelakkan kunci ditiru oleh orang-orang yang tidak dikenali.
5. Elakkan daripada menyerahkan kunci kepada jokey kereta.
6. Mengukir nombor pendaftaran di bahagian-bahagian penting
atau ‘sand blasting’ di cermin.

 

sumber : FB Kelab Rakan COP Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *